
Tajuk berita ini tersiar pada malaysiakini semalam. Ibubapa pelajar SMK Hartamas naik berang terhadap arahan yang melarang mereka menyuarakan bantahan terhadap keputusan untuk memansuhkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Walaupun tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut mereka mengadakan undian dikalangan ibubapa sama ada mereka mahu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris diteruskan di sekolah tersebut. Agak-agak la, golongan yang mana yang belajar kat sekolah SMK Hartamas nie? Kalau orang KL tentu tahu bila sebut hartamas, harga rumah kat kawasan tu saja kalau tak ada setengah juta jangan mimpi la nak rasa bermastautin kat situ. Jadi kalau yang belajar kat SMK Hartamas nie, agak-agak anak drebar teksi, tak pun drebar lori hantu. Kalau tengok gambar sebelah nie rasanya tukang masak kedai tomyam kut, tak pun mak cik yang buat jual kuih kat stesen bas klang. Tapi kalau tatap gambar pun boleh agak golongan macamana, status macamana. Mereka nie golongan elit di Kuala Lumpur yang memang tutur pengantar bahasa inggeris. Jenis cakap dengan suami "i" ,"u',"honey... are u wake up?". Inilah golongannya, yang dah hilang roh melayu, yang dah tak rasa dendam kesumat kepada penjajah, jijik dengan penjajah so dah tak hairan dengan martabat bahasa melayu. tak kisah pun kalau bahasa melayu tinggal duk dalam muzium. Bila sambut merdeka, semangat patriotik, mereka ini tak pernah hairan pun. Yang mereka bimbang anak mereka tak boleh cakap bahasa inggeris. Menurut presiden PIBG sekolah tersebut standard pengajaran bahasa inggerisnya tinggi dan mahu dikekalkan. Persoalan? Kenapa standard bahasa inggeris di tempat lain rendah?
tapi antara berita susulan yang menarik "Muhyiddin mohon maaf pada PIBG SMK Sri Hartamas". Sanngup minta maaf dari Perth. Istimewa sungguh golongan ini. Seorang timbalan menteri, baru dengar naik berang, terus minta maaf, agak-agak kalau golongan penoreh getah, pesawah padi, pemandu teksi yang berang masa sains dan matematik nak di ajar bahasa inggeris, ada tak menteri minta maaf?
P/S: Statement aku ni nampak macam boleh kena tahan ISA jer...
.jpg)

No comments:
Post a Comment