Wednesday, December 24, 2008

'Tidak patut, selepas Zahar kaut kekayaan'

Bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim tidak sepatutnya menyertai PAS selepas mendapat kekayaan selama 20 tahun berkecimpung dalam Umno, dakwa seorang pemimpin Pemuda Umno Selangor.

"Tidak seharusnya beliau masuk PAS setelah mendapat kekayaan dan manfaat daripada parti (Umno)," kata exco penerangan Pemuda negeri Nor Azman Mohd Nor.

"Selama 20 tahun beliau berkhidmat dalam parti dan mendapat manfaat daripada parti. Beliau sepatutnya mengenang budi dan jasa (Umno)."

"Selama 62 tahun, Umno tidak membuat keputusan sewenang- wenangnya, mesti ada sebab-musabab," katanya, yang juga ketua Pemuda Umno bahagian itu penggal lepas.

Selain mendedahkan isu kontrak pembelian helikopter Eurocopter, Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian mulai 2 Disember kerana mengkritik pemimpin utama parti termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa.

BN Adil???

Baru-baru ini Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yahaya Mohamad dilaporkan berkata, JKKP akan ditubuh bagi merancang projek kerajaan persekutuan di setiap mukim.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan kerajaan BN melalui Jabatan Pembangunan mewujud kembali Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) di Kelantan akan merosakkan perpaduan rakyat. "JKKP lah yang menyebabkan manusia berpecah belah, di Kelantan sepatutnya rakyat berada di bawah satu parti dan parti lain tak perlu masuk campur. "Kami dah ada penghulu dan penggawa, apa kerja nak tubuh JKKP lagi.. mulut pemimpin mereka hari-hari kata nak bersatu, tetapi mereka inilah yang menjadi punca berpecah belah," katanya.
Komen aku lak macam nie.... Kenapa BN nie buruk ssangat perangai mereka nie. Kalau orang bijak guna mata hati pun boleh fikir mana satu betul nie. Buat pilihanraya tu sebab nak pilih kerajaan memerintah sama ada negari ataupun pusat. Ok. Kerajaan BN menang sebagai kerajaan pusat dan PAS kerajaan negeri Kelantan. Ok. Berlaian parti. Tapi bukankah ada persetujuan bahawa kerajaan pusat perlu menyalurkan bantuan kepada kerajaan negeri tampa perlu ambil kira siapa yang memerintah. Jadi sekarang kerajaan pusat perlu menyalurkan peruntukan negeri Kelantan kepada kerajaan PAS Kelantan Itu yang sepatutnya. So kerajaan Kelantan akan menyalurkan peruntukan pusat tu kepada rakyat secara adil dan saksama. Jadi terpulang kepada kerajaan Kelantan nak salurkan dalam bentuk apa.Macam negeri BN perintah katanya JKKK yang jadi agen untuk menyalurkan bantuan. Kalau kelantan ermm. nama lain tapi konsep macam JKKK juga. So bagi jer la peruntukan yang negeri Kelantan patut dapat... kenapa mesti nak pergi lantik lak JKKP sedangkan hanya negeri2 yang di perintah oleh Barisan Alternatif yang dilantik... negeri BN tak der. Harap pada JKKK jer. Kalau tak percaya pada Kerajaan PAS kan kita ada BPR yang akan menyiasat salah guna peruntukan tu. Kenapa BN tak yakin ker dengan sisatan BPR? Kalau duit tu dah salur... dan kerjaaan Tok Guru salah guna.. tangkap tok guru tu dakwa dia... so macam tu jugak kalau negeri lain yang BN perintah... itu baru betul. Nie nampak sangat saja nak pecah belah masyarakat.
Lepas tu laungkan kat TV surat khabar kerajaan BN adil. Adil ker macam tu. Patut bagi jer kat kerajaan PAS tu buat. Kami nak tengok mana yang lagi baik. Kalau kerajaan Kelantan buat tak betul pilihanraya akan datang jangan undi lagi... tapi kalau kerajaan negeri BN perintah buat tak elok... jangan undi baru la berkemabng kepala otak rakyat Malaysia. Boleh bezakan yang mana untung rugi. Nie tidak duk nak suruh percaya kat BN jer... "come on la bro" kami dah bijak la... pandai la kami nak pilih pemimpin kami... aku dah kata.. kalau ada pemimpin UMNO/BN warak. tawadduk macam Tok Guru Nik Aziz aku akan pilih BN... tapi pasal tak der...
Aku tunggu kerajaan lain memerintah la pulak. Aku dah tak percaya BN nie boleh perintah. Kalau ada kerajaan Megat Koming nak perintah lepas nie pun tak pe la... janji lebih baik dari sekarang. Kerajaan sekarang nie... menipu jer.. main politik melampau... tgk macam duit royalty pertonas... time nak pilihan raya kecil KT... tup-tup keluar berita Petronas serah royalty minyak... kelakar... tu semua tu bukan apa nak kempen suruh rakyat trengganu undi BN la tu... ala buruk betul politik org BN nie.. nampak sangat.. tak paayh la.. kalau yang sepatutnya bagi masa mula-mula kerajaan BN Tregganu menang. MB Trengganu dah minta pun masa tu. Nie dah bulan Decemeber dah dekat 11 bulan memerintah... baru nak bagi...ppppiiiiiiiiirrrraaaaahhhh.....!!!! lepas tu kata lak nie bukan nak pancing undi pilihanraya... menipuuu.....
Hemm terusa sambung la kut. Sekarang aku dah tau.. comfirm surat khabar Utusan penyebar fitnah.... pasal tu la Mahfuz menang dalam kes saman fitnah terhadap beliau. Kira betul la utusan nie salah satu dari sumber fitnah... eee tak nak la aku beli lagi.. subahat.... dapat dosa fitnah kerrriiinnnngggggg jerrrr.... tobat lahom aku....

Monday, December 22, 2008

Moyang Ku Pembuat Kain Batik?

Baru-baru nie, masa balik raya haji kat kampung ku, baru bapa ku buka cerita.Katanya Moyang aku nie berhijrah dari Kelantan datang ke Parit Nibung. Mereka nie adalah pengusaha batik. Sebab tu bapa aku pandai melukis, sebab masa die umur dalam 7 tahun - 8 tahun dah tolong moyang aku nie mencacah batik. (mencacah batik nie sama macam melukis batik)Dulu kat tanah yang sekarang nie tapak rumah bapa aku nie tempat jemur kain batik yang telah siap di proses. Patut la dulu aku tengok dalam almari arwah Tok aku (nenek) banyak kain batik cantik-cantik, rupa nya tokey kain batik. Ikut kata bapa aku dier pun dah tak berapa ingat pasal cerita Moyang aku nie... tapi Tok Teh.. jiran sebelah rumah bapa aku sekarnag nie mungkin ingat lagi pasal Moyang aku nie. Tok Teh nie pun ada pertalian keluarga gak dengan aku tapi dari sebelah Tok Perempuan. Nanti aku balik cuti Krismas nie aku nak pi risik lagi kat Tok Teh lak...

Lu Fikir La Sendiri...

Yang nie aku dapat dari kawan aku hantar kat e-mail... dan aku tak tahu la dari mana dier dapat... tapi ok gak nie.. buat orang-orang kaya (bukan semua yang macam nie tapi sikit sangat kut yang bukan macam nie)

Assalamualaikum..
Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu..

Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta juta...buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la...sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?..Atau memang tak nak campur dengan masyarakat?...Gua tengok kebanyakkan orang MELAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?...Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!..

Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus lu orang buang bagi babi makan?..nasi bungkus ape standard...Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!
Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk...nak tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sebab apa???

SEBAB LU KAYA!!!

Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap! ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang! Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus! tapi yang lu nak maki dorang apehal? Lu nak saman apehal? Sebab apa??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman?? Sebab apa...???

SEBAB LU KAYA!!!

Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat...ada yang lagi Maha Kaya...ada yang lagi Maha Besar...

LU PIKIR LA SENDIRI!!

P/S HEHEHEHE.... nasib baik nie member aku yang hantar... kalau aku punya diolog.. aku punya comfirm lagi panas hati kalau itu orang kaya-kaya baca...

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Tinggal Ramadan....

Hari nie hari terakhir berpuasa Ramadhan untuk tahun 2008. Maka esoknya Aidil Fitri dimana semua orang tau bahawa kita seolah-olah di lahirkan semula dalam keaadaan fitrah bersih setelah sebulan menjalani ibadat puasa. Semua golongan akan bergumbira, tersenyum riang di sulami gelak ketawa yang riang. Atuk dan nenek mengalirkan airmata gembira bila melihat keletah anak cucu berlari di halaman rumah dengan beg duit raya dan ada juga yang sedang duduk menuggu kawan2 untuk berziarah jiran tetangga dan saudara mara.. hemmmm betul kah? Itukah kenyataan... realiti... wujud lagi suasana ini?


Itulah persoalan yang bermain dalam minda aku. Aku terkenangkan suasana masa zaman aku kanak-kanak. Meriah sambut ramadhan tu pun rasa lain. Aku dulu besar kat kampung, tapi mungkin cerita aku nie pun pada yang membesar pada sekitar tahun 1975, kerana aku tahu pada kalau dulu-dulu lagi best kalau ikut kan cerita dari bapa aku.


Masa aku dulu.... nak sambut ramadhan pun dah meriah. Kat rumah... arwah mak aku kemas rumah.. tukar langsir baru... tikar mengkuang baru pun keluar dari bawah katil... kira rumah tu kira kemas. Tu kat dalam rumah.... kat dapur lak.. lauk sedap... leboh sedap dari biasa...

Thursday, August 7, 2008

Sekatan Jalan Raya

1. Pagi nie suasana jalanraya Kuala Lumpur agak sesak pada sebahagian kawasan terutama jalan yang mengarah ke Mahkamah Jalan Duta kerana hari nie ada hari pendengaran kes pemula untuk Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim perlu hadir ke mahkamah untuk mendengar pendakwaan terhadap beliau. Bila Anwar punya hal, jalan sesak, rusuhan, keselamatan tak terjamin, orang awam merusuh (bukan FRU) dan macam-macam hal. Maka hari nie ramai la kawan-kawan aku yang datang lamabat ke pejabat. Mana taknya jalan sesak, ada SEKATAN JALANRAYA oleh polis. Tujuan....? Tak faham lak aku. Kejadian yang sepatutnya yang menarik perhatian sepatutnya kat Jalan Duta... tapi sekatan jalan raya sampai ke Cheras, Sungai Buluh dan beberapa tempat lagi. Aku berfikir, apa rasionalnya buat sekatan jalan raya kat "area' nie sedangkan keselamatan yang seolah-olah tak terjamin ialah Jalan Duta. Merunggut la kawan-kawan aku pagi nie... pasal datang lambat dan jalan sesak. Kalau nak pantau pergerakan Anwar Ibrahim pun, dia tinggal kat Segambut. Apa kena mengena dengan jalan Cheras?
2. Aku baca surat khabar online.... ada yang kata bahawa seramai 200 orang FRU berkawal di Mahkamah Jalan Duta, disamping itu juga Anwar Ibrahim di nantikan oleh seramai 300 orang penyokong. makna nya 1:2... lebih kurang... perlukah? Berbaloi ker kalau seorang FRU yang kat badan saja dilengkapi pakaian ala robocop yang nilainya mencecah 2 hingga 3 ribu nilainya perlu berkawal untuk jaga 2 orang awam yang datang lenggang-lenggang kangkung... tampa senjata, datang nak beri sokongan kepada pemimpin mereka. Masa haji Kahar (NABI MELAYU) di dakwa di mahkamah ada juga pengikut datang memberi sokongan... tapi tak der lak FRU.... ermm hairan....
3. FRU 200, Orang Awam 300.... mana pergi "special branch" polis yang selalu berkeliaran di majlis-majlis ceramah pembangkang. Biasa mereka ini akan buat pemantauan dan salurkan maklumat. Tapi tak kan la mereka nie tak tahu bahawa pengikut Anwar yang dijangka hadir. Kalau tahu kenapa FRU datang ramai sangat. Kalau ikut logik akal dgn kekuatan FRU dengan perisai kalau takat seorang FRU boleh kawal 5 orang awam yang datang lenggang-lenggang kangkung. dan kalau rusuhan berlaku sekali pun... belum tentu kesemua 5 orang nie akan dihadapi FRU.. pasal pasti ada orang awam dah lari dulu... FRU tak boleh lari.. pasal FRU dalam tugas.. kalau lari kena buang kerja lak... tak kan la hantar sampai 200 orang. Tak kan lah SB tak dapat maklumat tentang kehadiran yang dijangka. Polis kita cekap...?

Mencari Konsep

Lama tak "online" kat blog bukan apa, ambil masa fikir konsep macamana nak bawa hala tuju web bolg aku nie. Nak buat lebih kepada hal peribadi rasa tak berbaloi pasal siapa lah aku untuk di kenali, bukan artis untuk di kenali dan bukan pulak pemimpin masyarakat. Sebaik-baiknya aku sekadar pemerhati kepada apa yang berlaku dan di samping tu aku selitkan sikit-sikit satira sindiran pada yang mahu berfikir. aku rasa itulah konsep yang aku boleh buat. Buat masa ini aku masih lagi belajar cara penulisan yang boleh membuat pembaca berfikir kritis dan mendatang dengan pandangan-pandangan yang baru menjurus kearah perkembangan pemikiran yang lebih rasional. Dan sudah tentulah aku perlukan pembaca, maka aku kena menghidangkan sesuatu yang boleh membuat pembaca nak membaca. Insya Allah aku akan cuba menulis sebaik mungkin dengan garapan cara orang masih mencari ilmu untuk jadi salah seorang penyumbang pendapat. Segala kekurangan rasa perlu di bimbing dan kalau baik puji sekadar saja.

Wednesday, July 9, 2008

Cerita Sikit Pasal Diriku

ermmmm... kali ni aku nak cerita sikit pasal diri aku ler kan... aku dah cerita sikit kat profile aku tu tapi tak boleh semua pasal dah lebih 1200 huruf, so aku ingat sanbung kat sini ler. Bukan ape ada sikit-sikit cerita boleh aku tambah pasal diri aku nie. Yer la kalau kat profile aku tu aku bangga kat Moyang aku nie... selain dari yang aku cerita kat profile tu.. aku pun hairan gak pasal nama Moyang aku nie ada kat salah satu nama jalan kat jalan nak pi Tanjung Piandang. Parit Mat Alam. Aku kalau pi Tanjung Piandang nie dengan bapa aku dier kata banyak adik - beradik dier tinggal kat area tu, tapi pasal dah lama tak berhubung maka tak der la yang nak kenal sangat. Aku lagi la tak kenal.

ada satu lagi peristiwa tu masa menamana calon masa pilihanraya 2004 kat Tasik Titiwangsa, masa tu aku bertugas. dalam masa aku duk memantau keadaan, kebetulan datang seorang kalau dari rupa paras tu aku rasa pangkat pak cik la, tapi pasal dier nie nampak bergaya sikit aku pun panggil abnag jer la. Dalam duk sembang dier memperkenalkan diri sebagai salah seorang dari pegawai pematau SPR. Datang dari Butterworth. Dier pn kerja sebagai kontraktor kat Butterworth, bini dier lak kata nya Pegawai Polis kat Bukit Aman...tapi yang jadi masaalah tu.. no telefon dier dah hilang. Dier ada cerita sikit-sikit pasal Moyang aku nie, tapi yer la masa tu tengah sibuk duk pantau pergerakan orang ramai yang berkumpul untuk penamaan calon. Dier kata ada cuba cari balik salasilah Moyang aku nie dan bercadang nak kumpul balik ahli keluarga Mat Alam nie, dier dah mula cari dengan seorang sepupu dier kata nya nama Chain... tapi nama nie memang aku kenal. So hilang juga rasa was-was aku pada Bro nie... pasal masa cerita tu aku tak der pula aku sebut pasal Chain nie... tapi tak tahu apa kesudahan nya... aku harap klu ler dier terbaca blog nie... boleh ler kita sama-sama berusaha kumpul balik adik beradik kita nie.

Salam Perkenalan

Setelah sekian lama keinganan hati nak cuba menulis pandangan dan pendapat, pengalaman suka dan duka, bertanya dan ditanya baru ini berpeluang untuk menulis. Mungkin CICIT nie tidaklah sehebat Dato' Kadir Jasin, ataupun kumpulan Malaysiakini atau Agendadaily, tapi mengenangkan dengan rasa rendah diri, nak berhujah di pentas tak berkebolehan, nak di diamkan, mememendam rasa dan akhirnya berjaya juga CICIT mnulis kat blog dan hari nie, CICIT dah jadi salah seorang bloggers tinggal lagi belum la popular. Jadi yang senior tu.. jangan di buli.. tunjuk ajar lah kat CICIT... kalau salah ditegur kalau betul, ikhlas dipuji. Diharap ini akan berterusan kerana yang kekal hanya ALLAH.... jadi CICIT ucap tahniah kat CICIT sendiri......