Tuesday, December 15, 2009

Lama Tak Ber"Online"

Lama tak ber'online', bukan tak ada masa, dari dulu pun Allah jadikan masa tetap 24 jam sehari, sampai sekarang sama jer, tapi cara kita bergerak sekarang amat pantas. Kalau dulu pelari pecut 100m kalau dapat 10sec dah cukup laju.. tapi sekarang kalau tak der 9.8sec jangan harap la nak menang.. kalau nasib baik dapat la no 3.
Tak lama lagi Awal Muharam (tahun hijrah 17 Dec 09.. public holiday 18 Dec 09) maka bertambah la setahun lagi usia. Kalau iku kalender hijrah aku sekarang dah masuk 40 tahun cuma kalau kalender masihi jer baru 38 tahun. Kenapa.... aku ada jawapan dan penjelasan tapi nak kena rujuk balik pasal dah lupa... yer la manusia, sifat lupa tu tak pernah berpisah. Itulah kalau ilmu di buat remeh.
Lepas Awal Muharam nie aku ingat nak aktif dalam penulisan Blog nie. Aku dah hampir pasti konsep yang aku nak tulis. Sindir dalam satira.. kalau ikutkan banyak isu yang bole aku tulis. Pasal doa TGNA, penangkapan Ust Asri, pasal BTN ( aku ada sikit pengalaman dgn BTN). Ada lagi nie yang boleh aku komen dan aku nak komen. Tunggu kehadiran aku seterusnya...

Monday, August 10, 2009

Bantah tukar bahasa, PIBG dilarang adakan EGM



Tajuk berita ini tersiar pada malaysiakini semalam. Ibubapa pelajar SMK Hartamas naik berang terhadap arahan yang melarang mereka menyuarakan bantahan terhadap keputusan untuk memansuhkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Walaupun tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut mereka mengadakan undian dikalangan ibubapa sama ada mereka mahu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris diteruskan di sekolah tersebut. Agak-agak la, golongan yang mana yang belajar kat sekolah SMK Hartamas nie? Kalau orang KL tentu tahu bila sebut hartamas, harga rumah kat kawasan tu saja kalau tak ada setengah juta jangan mimpi la nak rasa bermastautin kat situ. Jadi kalau yang belajar kat SMK Hartamas nie, agak-agak anak drebar teksi, tak pun drebar lori hantu. Kalau tengok gambar sebelah nie rasanya tukang masak kedai tomyam kut, tak pun mak cik yang buat jual kuih kat stesen bas klang. Tapi kalau tatap gambar pun boleh agak golongan macamana, status macamana. Mereka nie golongan elit di Kuala Lumpur yang memang tutur pengantar bahasa inggeris. Jenis cakap dengan suami "i" ,"u',"honey... are u wake up?". Inilah golongannya, yang dah hilang roh melayu, yang dah tak rasa dendam kesumat kepada penjajah, jijik dengan penjajah so dah tak hairan dengan martabat bahasa melayu. tak kisah pun kalau bahasa melayu tinggal duk dalam muzium. Bila sambut merdeka, semangat patriotik, mereka ini tak pernah hairan pun. Yang mereka bimbang anak mereka tak boleh cakap bahasa inggeris. Menurut presiden PIBG sekolah tersebut standard pengajaran bahasa inggerisnya tinggi dan mahu dikekalkan. Persoalan? Kenapa standard bahasa inggeris di tempat lain rendah?
tapi antara berita susulan yang menarik "Muhyiddin mohon maaf pada PIBG SMK Sri Hartamas". Sanngup minta maaf dari Perth. Istimewa sungguh golongan ini. Seorang timbalan menteri, baru dengar naik berang, terus minta maaf, agak-agak kalau golongan penoreh getah, pesawah padi, pemandu teksi yang berang masa sains dan matematik nak di ajar bahasa inggeris, ada tak menteri minta maaf?
P/S: Statement aku ni nampak macam boleh kena tahan ISA jer...

Sunday, August 9, 2009

ARAK PUNYA HAL LAGI

Teks nie aku petik dari Malaysiakini edisi Ahad. PAS baru bangun tidur. Bagi aku bahagian tajuk tu aku tak hairan sangat tapi isi teks tu yang buat aku makin menyampah dengan orang politik melayu islam. UMNO Selangor menempelak PAS Selangor. Yang menarik kenyataan Ketua Penerangan UNMO Selangor Abdul Syukur Idrus. "Dulu kata jadi kerajaan nak tutup kilang arak, tapi sampai hari ini pun tak tutup." kata beliau. Tapi bagi aku malang nasib PAS, sebab nak kena bersihkan taik-taik yang UMNO tinggal. Dah berapa lama kilang tu kat Shah Alam tu, UMNO tak pernah pun ikhtiar nak tutup, lepas tu nak peleceh ikhtiar PAS. Kalau takat nak banding exco yang tiga orang, UMNO dulu exco majoriti pun tak boleh nak tutup. Cetek sungguh idea ketua penerangan UMNO Selangor nie. Setakat nak tunjuk ada suara, tapi suara berdengki. Itu lah sifat melayu. Bukan nak tolong sama menjayakan amr makruf nahi mungkar. Kesimpulan yang aku nampak, itulah sifat orang melayu "PENDENGKI" bila orang nak buat kebaikan untuk mencegah mungkar. Lepas nie mat rempit, bohsia, kaki clubbing boleh la minta sponser dari ketua penerangan UMNO Selangor nie buat beli arak, pasal dia tak kisah sangat orang melayu mabuk.
"Kita lihat apa yang akan berlaku. Jika gagal berhenti jadi kerajaan" kata Abdul Syukur. Tak yah suruh, memang kami pratikan macam tu pun. Pasal UMNO gagal lah kami dah pecat dari jadi kerajaan Selangor. Bagi 52 tahun pun gagal nak banding dengan 2 tahun, cakap dengan Abdul Syukur "PIIIRAAAHHH... jalan daaaaa"

HARAMKAN ARAK UNTUK ORANG ISLAM...

Aku dah mula bosan dengan permainan manusia-manusia yang datang berjumpa meminta untuk pilih sebagai pemimpin 4 hingga 5 tahun sekali. Bila isu arak timbul di Selangor aku ingatkan satu kemenangan di pihak islam. Islam di Malaysia agama rasmi, tapi macam duduk kelas "PARIAH" . Minta nak jaga kawasan majoriti islam macam kat Shah Alam Sec 8 tu pun tak mampu. Apa bangsat sangat pemimpin melayu islam nie. Dulu di perintah orang melayu gak... 52 tahun depa jaga.. kut bole harap... bagi kat yang baru... pun sama. Sampai bila aku orang islam, melayu dapat betul-betul rasa lega untuk lahirkan generasi islam yang tidak lagi terdedah dengan arak, judi dengan pekara mungkar yang dibawa oleh kononnya kemajuan.
Kenyataan MB Selangor memang buat aku sakit hati. Kenapa mesti takut untuk kata ya pada islam. Takut? Malu? Pilihanraya nanti hilang undi orang kafir? Pemimpin dulu pun sama, mai pemimpin baru pun sama. kat mana yang kata reformasi tu. Tak perlu penguatkuasaan dari pihak berkuasa cukup sekadar rasa tanggungjawab pengusaha untuk tak jual arak pada orang islam. Dah la.. tu la idea lapuk 52 tahun dulu.. tak nak buat dosa jgn beli,nak uji tahap iman kita, itu idea pemimpin dulu pakai, sampai sekarang pemimpin baru pun kata, tanggungjawab pengusaha, konsep sama, istilah jer lain. Ikut la pada iman pengusaha tu nak jual ker tak. ALOOOO... pemimpin-pemimpin yang terpelajar, dapat berkuasa dengan hanya jual air liur, kalaulah betul pengusaha tu beriman... dia pun tak jual. Kata la dia pulak orang kafir, saya meniaga maa... sapa mau rugi maa... orang mau beli.. rugi lor tak jual... Semenjak kempen rokok bawah 18 tahun tak boleh beli, berapa ramai yang meniaga tu kata kat anak, adik-adik yang beruniform ker, "saya tak boleh jual kat adik pasal adik nie bawah 18 tahun" or "tengok iC u dulu.. sudah lebih 18 tahun ker belum. Klu belum saya tak jual!!" . Kalau betul semua peniaga buat macam tu, comfirm la budak-budak sekoah tak dapat rokok.
Yang best tu boleh pulak pemimpin melayu lain dengan angkuh "Umat islam hari ini diminta menilai cara kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu penjualan arak secara terbuka di kawasan majoriti islam" kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Woi!!! aku nak tanya, yang doto seri ni orang islam ker melayu? Dulu aku undi team korang, pun arak bertambah... 52 tahun bagi... ingatkan bole kurang.. tambah lagi ada la, siap kilang lagi. Sekarang sekurangnya PAS baru join dgn Pakatan Rakyat dapat perintah Selangor pun tak sampai 2 tahun ada ikhtiar arah nak bagi anak-anak orang islam tak terjebak, malah dapat hampir dengan arak, tiba datang dato' seri nie nak peleceh lak. Ingatkan kut nak support bagi berjaya. Dulu masa UMNO klu nak buat macam PAS nak hapuskan arak nie... aku pun tak lari undi PAS, la nie duk nak peleceh. 50tahun pegang berapa kali UMNO kata nak haram arak... siap bela orang kena tangkap pasal minum arak ada la.
Mana PEWARIS? Nie PAS nak haramkan arak nie... kata NGO islam... awat tak tolong. ISA perlu pasal nak jaga islam, sekarang PAS nak cuba tolong selamatkan orang islam kat area sec 8, apa cerita? Kata Amr makruf nahi mungkar, awat tak tolong... atau tak faham amr makruf tu ape nahi mungkar tu ape.. atau adik beradik aku tak minum arak, orang islam puak lain nak tunggang langgang ker pergi mampus.
Sepatutnya ini lah salah satu langkah yang patut disokong semua orang islam. Satu ikhtiar nak selamatkan umat islam, melayu yang dah makin hanyut dengan segala macam gejala. Kita merungut dengan masaalah rempit, bohsia, bayi tepi longkang, tu pun kira ok daripada kena makan dek biawak. Tak tahu la kalau pemimpin melayu islam nie memang nak remaja-remaja nie terus hanyut supaya jadi bangsat dan terus dapat jadi pemimpin. Dato' Hishamuddin kata hari tu dah la.. cukup la main politik, kita fokus untuk bangunkan bangsa dan majukan negara, pasal nie pun nak letak parti kat depan gak ker? Ini kisah pasal nak selamatkan umat islam masa depan.
kalau ikut hati aku, nak jer aku maki lagi. Tapi aku nak tengok MB Selangor kata sebulan baru nak bagi garis panduan lengkap, tak apa, aku tunggu. 52 tahun aku bole tunggu sebulan tak kan tak leh kan.. tapi aku harap kali ni berpihak pada islam.

Wednesday, December 24, 2008

'Tidak patut, selepas Zahar kaut kekayaan'

Bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim tidak sepatutnya menyertai PAS selepas mendapat kekayaan selama 20 tahun berkecimpung dalam Umno, dakwa seorang pemimpin Pemuda Umno Selangor.

"Tidak seharusnya beliau masuk PAS setelah mendapat kekayaan dan manfaat daripada parti (Umno)," kata exco penerangan Pemuda negeri Nor Azman Mohd Nor.

"Selama 20 tahun beliau berkhidmat dalam parti dan mendapat manfaat daripada parti. Beliau sepatutnya mengenang budi dan jasa (Umno)."

"Selama 62 tahun, Umno tidak membuat keputusan sewenang- wenangnya, mesti ada sebab-musabab," katanya, yang juga ketua Pemuda Umno bahagian itu penggal lepas.

Selain mendedahkan isu kontrak pembelian helikopter Eurocopter, Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian mulai 2 Disember kerana mengkritik pemimpin utama parti termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa.

BN Adil???

Baru-baru ini Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yahaya Mohamad dilaporkan berkata, JKKP akan ditubuh bagi merancang projek kerajaan persekutuan di setiap mukim.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan kerajaan BN melalui Jabatan Pembangunan mewujud kembali Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) di Kelantan akan merosakkan perpaduan rakyat. "JKKP lah yang menyebabkan manusia berpecah belah, di Kelantan sepatutnya rakyat berada di bawah satu parti dan parti lain tak perlu masuk campur. "Kami dah ada penghulu dan penggawa, apa kerja nak tubuh JKKP lagi.. mulut pemimpin mereka hari-hari kata nak bersatu, tetapi mereka inilah yang menjadi punca berpecah belah," katanya.
Komen aku lak macam nie.... Kenapa BN nie buruk ssangat perangai mereka nie. Kalau orang bijak guna mata hati pun boleh fikir mana satu betul nie. Buat pilihanraya tu sebab nak pilih kerajaan memerintah sama ada negari ataupun pusat. Ok. Kerajaan BN menang sebagai kerajaan pusat dan PAS kerajaan negeri Kelantan. Ok. Berlaian parti. Tapi bukankah ada persetujuan bahawa kerajaan pusat perlu menyalurkan bantuan kepada kerajaan negeri tampa perlu ambil kira siapa yang memerintah. Jadi sekarang kerajaan pusat perlu menyalurkan peruntukan negeri Kelantan kepada kerajaan PAS Kelantan Itu yang sepatutnya. So kerajaan Kelantan akan menyalurkan peruntukan pusat tu kepada rakyat secara adil dan saksama. Jadi terpulang kepada kerajaan Kelantan nak salurkan dalam bentuk apa.Macam negeri BN perintah katanya JKKK yang jadi agen untuk menyalurkan bantuan. Kalau kelantan ermm. nama lain tapi konsep macam JKKK juga. So bagi jer la peruntukan yang negeri Kelantan patut dapat... kenapa mesti nak pergi lantik lak JKKP sedangkan hanya negeri2 yang di perintah oleh Barisan Alternatif yang dilantik... negeri BN tak der. Harap pada JKKK jer. Kalau tak percaya pada Kerajaan PAS kan kita ada BPR yang akan menyiasat salah guna peruntukan tu. Kenapa BN tak yakin ker dengan sisatan BPR? Kalau duit tu dah salur... dan kerjaaan Tok Guru salah guna.. tangkap tok guru tu dakwa dia... so macam tu jugak kalau negeri lain yang BN perintah... itu baru betul. Nie nampak sangat saja nak pecah belah masyarakat.
Lepas tu laungkan kat TV surat khabar kerajaan BN adil. Adil ker macam tu. Patut bagi jer kat kerajaan PAS tu buat. Kami nak tengok mana yang lagi baik. Kalau kerajaan Kelantan buat tak betul pilihanraya akan datang jangan undi lagi... tapi kalau kerajaan negeri BN perintah buat tak elok... jangan undi baru la berkemabng kepala otak rakyat Malaysia. Boleh bezakan yang mana untung rugi. Nie tidak duk nak suruh percaya kat BN jer... "come on la bro" kami dah bijak la... pandai la kami nak pilih pemimpin kami... aku dah kata.. kalau ada pemimpin UMNO/BN warak. tawadduk macam Tok Guru Nik Aziz aku akan pilih BN... tapi pasal tak der...
Aku tunggu kerajaan lain memerintah la pulak. Aku dah tak percaya BN nie boleh perintah. Kalau ada kerajaan Megat Koming nak perintah lepas nie pun tak pe la... janji lebih baik dari sekarang. Kerajaan sekarang nie... menipu jer.. main politik melampau... tgk macam duit royalty pertonas... time nak pilihan raya kecil KT... tup-tup keluar berita Petronas serah royalty minyak... kelakar... tu semua tu bukan apa nak kempen suruh rakyat trengganu undi BN la tu... ala buruk betul politik org BN nie.. nampak sangat.. tak paayh la.. kalau yang sepatutnya bagi masa mula-mula kerajaan BN Tregganu menang. MB Trengganu dah minta pun masa tu. Nie dah bulan Decemeber dah dekat 11 bulan memerintah... baru nak bagi...ppppiiiiiiiiirrrraaaaahhhh.....!!!! lepas tu kata lak nie bukan nak pancing undi pilihanraya... menipuuu.....
Hemm terusa sambung la kut. Sekarang aku dah tau.. comfirm surat khabar Utusan penyebar fitnah.... pasal tu la Mahfuz menang dalam kes saman fitnah terhadap beliau. Kira betul la utusan nie salah satu dari sumber fitnah... eee tak nak la aku beli lagi.. subahat.... dapat dosa fitnah kerrriiinnnngggggg jerrrr.... tobat lahom aku....

Monday, December 22, 2008

Moyang Ku Pembuat Kain Batik?

Baru-baru nie, masa balik raya haji kat kampung ku, baru bapa ku buka cerita.Katanya Moyang aku nie berhijrah dari Kelantan datang ke Parit Nibung. Mereka nie adalah pengusaha batik. Sebab tu bapa aku pandai melukis, sebab masa die umur dalam 7 tahun - 8 tahun dah tolong moyang aku nie mencacah batik. (mencacah batik nie sama macam melukis batik)Dulu kat tanah yang sekarang nie tapak rumah bapa aku nie tempat jemur kain batik yang telah siap di proses. Patut la dulu aku tengok dalam almari arwah Tok aku (nenek) banyak kain batik cantik-cantik, rupa nya tokey kain batik. Ikut kata bapa aku dier pun dah tak berapa ingat pasal cerita Moyang aku nie... tapi Tok Teh.. jiran sebelah rumah bapa aku sekarnag nie mungkin ingat lagi pasal Moyang aku nie. Tok Teh nie pun ada pertalian keluarga gak dengan aku tapi dari sebelah Tok Perempuan. Nanti aku balik cuti Krismas nie aku nak pi risik lagi kat Tok Teh lak...